muda tapi tua kenape mesti berlian??


Sunday, February 22, 2009


BARU-BARU ini, saya dapat satu cerita menarik. Seorang rakan memberitahu, masyarakat di sebuah negeri Pantai Timur adalah yang paling ramai memakai susuk!

Ini cerita benar, katanya. Terbukti berdasarkan rekod perubatan. Ketika ujian x-ray (sinar-x) dijalankan, itu dia... mencanak-canak butiran logam ditemui pada wajah. Bukan di situ saja, hingga ke bahagian sulit juga `dihiasi' butiran logam ini dan mereka akui ia adalah susuk. Ishhh..sampai begitu sekali ya.

Tujuan? Tak tahulah kita sebenar-benarnya tetapi jika kita tanya pada mereka yang memakai susuk ini, macam-macam jawapan mereka - mencantikkan wajah, menaikkan seri, mengeratkan hubungan suami isteri, 1001 macam alasan.

Apa yang pasti, dalam negara semakin berkembang maju, amalan yang dianggap tradisional dan penuh misteri atau `mistik' itu rupa-rupanya masih segar. Cuma mungkin kaedah memasukkan susuk ini yang berubah, bertambah maju juga.

Baru-baru ini, saya pasti mereka yang `takut' tua dan hilang seri tersenyum lebar gara-gara pengenalan satu lagi kaedah untuk menegangkan kulit.

Jika diteliti prosesnya, tidak ubah seperti susuk ala tradisional.

Memasukkan emas pada wajah untuk mengurangkan kedut, menegangkan kulit dan pastinya, matlamat utama, tampil muda menawan walaupun hakikatnya sudah tua!

Bezanya, kaedah moden ini menggunakan benang emas bukan butiran emas atau logam lain, bukan juga berlian dan kedua, cara memasukkannya yang tampak lebih realistik (menerusi pembedahan) dan tidak mistik, menggunakan jampi dan mantera sebagaimana kaedah tradisional.

Mungkinkah ini boleh dikatakan susuk moden? Benarkah ia berkesan? Bagaimana dengan kesan sampingan kerana mengikut dunia saintifik, setiap logam, tidak kira apa juga jenis logam, termasuk emas yang dianggap sebagai antara logam paling stabil, adalah toksik kepada sistem badan. Bermakna ia memudaratkan kesihatan, itu muktamad. Persoalannya cuma kesannya cepat atau lambat, sedikit atau banyak.

Ikuti tulisan Diyanah Anuar mengenai isu ini. Apa kata pakar kimia, pakar pembedahan plastik juga ahli agama? Adakah hukum memakai susuk moden ini? Adakah ia `dihalalkan' kerana tidak membabitkan hal mistik?

Apapun, pada saya kecantikan asli adalah kecantikan abadi. Kita lihat saja sekeliling kita. Pasti kita dapat lihat ramai wanita yang semakin menawan apabila usia meningkat sekali pun wajah dihiasi kedutan. Wajah matang, penuh keyakinan menjadikan ramai wanita, tidak ketinggalan lelaki semakin anggun, tampan, berketrampilan.

Namun, satu lagi kecantikan yang sering dilupakan adalah kecantikan dalaman. Apalah gunanya wajah cantik bak bidadari tetapi busuk hati dan penuh hasad dengki, betul tidak? Oleh itu, hargailah kecantikan, kecantikan yang sejati.

posted by cindrela at 12:24 AM

di0mAndLovEs

Memey_appleGreen
july 20th 1988
Johor Bahru

PASTS

  • m0st Love I give for
  • episode of diomand
  • 'die' indah cantik dan berharga
  • ARCHIVE

  • February 2009
  • LINKIES

    Shahril NizaM
    Link

    TAGBOARD

    CREDITS

    layoutCarine
    herBLOG
    herBLOGSKINS